Thursday 29 December 2011

sebab saya sayang awak..

sebab sayang la saya tinggalkan. awak tahu kenapa?

nak elak awak dan saya bertambah dosa
supaya awak dan saya lagi fokus belajar. saya tak mahu jadi punca kalau awak gagal dan saya pun tak mahu awak jadi punca kalau saya gagal
supaya saya dan awak ada masa untuk perbaiki diri sendiri
supaya awak ada peluang untuk jumpa 'insan' yang lagi layak untuk awak jika 'insan' itu bukan saya
supaya awak dapat gembirakan hati ibubapa awak. saya percaya mereka pun bukanlah redha sepenuhnya dengan apa yang kita berdua buat
sekurang-kurangnya saya dapat elakkan awak dari balasan dekat akhirat nanti. kita pun tak tahu dosa pahala kita banyak mana tapi sekurang-kurangnya saya nak kurangkan dosa awak

kalau nak tuliskan sebabnya banyak lagi. tapi awak mesti tak sedar saya buat ni semua sebab SAYA SAYANGKAN awak. banyak mana sayangnya biar Allah saja yang tahu. tapi yakinlah, sejauh manapun terpisah tapi kalau ditakdirkan bersama, tiada siapa dapat menghalang. :)..

No comments:

Post a Comment