Thursday 18 October 2012

Jom cintai Allah SWT


" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
mudah-mudahan doa ini memberikan kita semangat dan teguh dalam mencintai Allah SWT sepenuh hati melebihi cinta kepada makhlukNya..aminn..:)
alt
cinta jika kerana selainNya..akan pudar..tetapi jika cinta kerana Allah..pasti semakin mekar..:)..Allahuakhbar!

Wednesday 17 October 2012

kenapa aku stress???:(

assalamualaikum..hye..:)..ngah stress tak sekarang???pasal ape2 la..kawan dah tak nak layan ke??pakwe da dua hari tak mesej ke??ehem..hehe,,hah..ape2 la..besar ke,kecik ke..yang membuatkan korang tak boleh langsung nak senyum sehari suntuk ni..ade??hmm..kalau ade tu..harap2 dapat la bersabar ye..semua masalah boleh selesai sebenarnya..relax..tu yang paling penting sebab kalau anda nak tahu..BILA ANDA STRESS,ORANG DISEKELILING KAMU JUGA AKAN STRESS DISEBABKAN KAMU..so..kalau stress tu,cepat2 la pergi tenangkan diri..setiap orang berbeza-beza sebenarnya cara nak tenangkan diri..kalau ikut cara islam..kita boleh BACA AL-QURAN,AMBIL WUDHUK,SOLAT SUNAT..insyaallah,lepastu hati kita pasti tenang..:)..tapi..ada juga orang yang kalau stress mesti nak pergi tempat2 yang boleh hepykan diri dia balik mcm shopping complex kew..pantai kew..:)..tu pun ok jugak..tapi kena keluarkan duit la..hehe..terpulang..setiap orang punya pilihan..mcm akma,akma suka menyelam..rasa tenang jew sebenarnya bila dok lame2 dalam air tu..huhu...ok la..tu je nak tulis,..PLISS...JANGAN STRESS LAGI YE SAHABAT2 SEKALIAN..:)

Friday 29 June 2012

berakhirnya tahun 1! :)

Assalamualaikum..huhu..tadi akma last paper exam..subjek fizik..memang senang la kan(rasa macam akma yang jawab paling teruk tadi)hmm...hehe...hmm...tak pe lah..pada akma,akma yakin dengan setiap apa yang Allah da tentukan untuk kita..akma da usaha dan akma berharap juga hasilnya selaras dengan usaha akma...akma pun manusia biasa juga..dan tak la sepandai mana..tapi akma da buat yang terbaik sepanjang peperiksaan ni..akma harap akma akan redha dengan ape pun keputusan yang akma dapat nanti..sebenarnya entry ni bukan setakat akma nak cerita pasal paper exam tadi..tapi nak story juga tentang keceriaan akma dengan kawan2 selepas exam tadi..TESCO TIME!!hehe..sepanjang peperiksaan ni punya la kami menahan nafsu nak keluar jalan2..dan tadi memang kami lepaskan habis la nafsu tu..dengan shopingnya...dengan makan macam2 nya..hehe..masing2 belanja tak ingat dunia..sebenarnya ni la cara kami lepaskan tekanan juga..haritu kami agak tertekan lepas jawab paper analytic..then kami nekad kuar pegi kedai makan even kedai makan tu kat sebelah USIM ni je pun..pada kami,kami tak kesah asal kami dapat sedut udara luar..dapat fresh kan balik otak yang tengah serabut tu..huhu...try la!..terapi ni agak bagus juga la...hah,tadi juga kami pakat nak pakai baju sama..baju koporat..huhu..segan tak segan sangat la kan pergi tesco pakai baju macam tu..ramai ga la yang tanye..paling best sorang pakcik ni tanye...

pakcik:"kamu semua dari MRSM mane?"
kami:"hehe..tak ada la pakcik..kami student USIM"..

huhu..nampak x kat situ??nampak tak??betapa mudanya kami sampai da nak masuk tahun 2 pun orang ingat budak sek menengah lagi..hehe...ha..ha..lega rasenye dapat menyelesaikan tahun 1 ni dengan sempurna..Alhamdulillah...bulan 9 ni da masuk tahun 2 da...wa3!.."aku risau result nanti"..hope semua lulus dan cemerlang..terutamanya subjek kimia organik..aku cuma harap aku lulus je..tak mo repeat paper..tak mo!..huh..risaunye

muka seronok je habis pekse!..:)

my sahabat:siti aminah

my sahabat: nor alia dan fazlin

my sahabat and....my sweet girlfriend:nik amalina!hehe..


makan di food court!..:)




sahabat..sekali kami bersahabat..selamanya kami akan jadi sahabat sampai syurga.....doakan kami berjaya dunia dan akhirat ye...:)..syukran..


sincerely..akma zainal


Tuesday 26 June 2012

suddenly..that feeling appeared again

plizzzz....!!!.make this feeling go away from me...i hate this feeling....i want to focus entirely for my last exam paper...i wish i could remove this feeling away....i wish......
.
.
.
.
.
.
.
.
but i know i can't lie to myself that i'm miss HAZIQ so much!!!....


Sincerely,akma zainal a.k.a maksu


Monday 25 June 2012

Butterfly..




Butterfly fly away so high

As high as hopes I pray

To come and reach for you

Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you...:)


Sincerely,akma zainal


Sunday 24 June 2012

lagu 3: Buatku Di sana



Lirik Lagu Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang *



Tuesday 12 June 2012

lagu 2:Hingga Akhir Nafasku -Muzzy

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah















lagu 1:karena kamu cuma satu...:)

KARENA KAMU CUMA SATU (Naif)

Kau yang paling setia, kau yang teristimewa
Kau yang aku cinta, cuma engkau saja
Dari semua pria aku yang juara
Dari semua wanita kau yang paling sejiwa

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
Akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
Denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
Janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

Kau satu-satunya dan tak ada dua
Apalagi tiga, cuma engkau saja

Denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
Akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
Denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
Janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

Kau satu-satunya dan tak ada dua
Apalagi tiga, cuma engkau saja
Dari semua pria aku yang juara (aku yang juara)
Dari semua wanita kau yang paling sejiwa

Denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
Akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
Denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
Janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
Untukku, untukku, untukku, untukku




Friday 8 June 2012

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan..:')

hari ni..aku sedih lagi......
tapi aku tak menangis pun.....
sebab aku tahu ni semua perancangan Allah dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH s.w.t....
Allah gantikan dia dengan sahabat2 aku dekat USIM yang selalu buat hari2 aku menjadi sangat indah......
selama ni dia lah yang selalu mengambil berat perihal aku..
tanya perkhabaran aku....study aku....penyakit aku...
tapi sekarang....
sahabat2 aku pulak yang lakukannya..dan ianya lebih awesome!:')
aku cuba untuk sibukkan hari2 aku dengan perkara2 yang selama ni aku tak sempat buat dengan sahabat2 aku....dan inilah perkara yang aku paling nampak ianya baik..
mungkin selama ni aku sibuk dengan handphone 24 hour........(walaupun mesej sekejap2 jew!)
tak hiraukan akhawati.......sedihkan..aku da bazirkan banyak masa2 yang bermanfaat.....terlalu lalai dalam hidup.......
.
.
.
.
sahabat...
bantulah aku...
aku ingin memberi yang terbaik untuk diriku dan juga bakal imamku...........
bantulah aku untuk menjaga ikhtilat ini..........
berilah aku nasihat2 yang akan membuatkan aku selalu sedar dan tak terkhayal....
aku takut jika perubahan ini hanya sekejap sahaja.....
iman aku lemah....:(
bantulah aku sahabat.....

DIDIKLAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH...:')


"Ya Allah..Sampaikanlah kerinduanku ini kepadanya(imamku)...sehingga aku menjadi kerinduannya"








 sincerely...akma zainal punya hati..:)




Saturday 2 June 2012

trip1:broga hill dan sungai tekala

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..
argkh!!!...penat
+ lenguh2 =sakit 1 badan..semua gara2 trip akma dengan budak2 silat gayong semalam..btw..happy dan sangat berpuas hati dengan trip ni :)..lagipun sebab akma tak pernah lagi ada pengalaman hiking ni..so,ni trip yang akma akan ingat la sampai bila2..hehe..kitowang bertolak seawal jam 4.30 pagi dan sampai dekat bukit broga jam 5.20pagi.. lebih kurang sejam jugak la dari USIM..dan kitowang teros start hiking coz nak kejar masa nak tengok matahari terbit kat atas..hehe..dalam kegelapan la kami mendaki bukit yang penuh lalang tu..hah..lupe nak bagitahu..maksud BROGA tu sebenarnya adalah LALANG..that why la sepanjang kitowang daki tu keliling penuh dengan lalang je..ok..then kami berhenti sekejap kat tempat yang agak landai untuk solat subuh..masa tu jam da pukul 6.10 pagi..then kami berjemaah dan trus kan semula perjalan ke puncak paling tinggi..tapi..masa nak pergi puncak tu..tak semua ikut..sebabnya ada yang da tak larat da..cian diowang kan???tapi pada akma dan juga kawan2 akma yang lain..dah alang2 sampai baik sampai terus ke puncak..then..kami pun ikut la mereka yang nak ke puncak..ok..bila da nak hampir ke puncak..kami kena panjat 1 batu ni..ok..kat sini akma da rasa mula nak give up..:)..hehe..*camne sey nak nek atas batu tu dengan tali,da la licin*..tapi last2 akma naik juga..waaa...macam2 gaya akma buat..hehe..biolah..asalkan dapat naik..then sampai atas da kol 7 lebey..matahari pun da tak segan2 keluar da..haha..akma tak dapat tengok matahari terbit ok??pahamkan..:')..pahamkan di situ???hehe..tapi tak pe pun..asalkan dapat rasa kepuasan sampai kepuncak tu..ok..lepas semua da puas kat atas puncak tu..kami pun mula da turun ke bawah..ok..ni yang akma lemah..naik reti..turun tak reti..sakit kot kaki nak tahan brek2..sebab masa turun baru rasa licin dan curam..dan setiap perjalanan tu la akma tak berhenti-henti selawat..yang pasti muka da tak ada senyum ok..hehe,.muka cuak yang teramat..dan alhamdulillah..selepas menempuh perjalanan yang sangat mencabar dan penuh kecuakkan tu..akhirnya selamat jugak sampai bawah pukul 9 lebey..ok..penat..sangat penat..masuk dalam bas trus sandar then....tido!!..haha..tak boleh tahan2 da..sangat2 letih time tu..then kami terus bertolak ke sungai tekala pulak..untuk masuk kat sungai tekala ni ada bayaran masuk taw!..bukan free2..hehe..tapi murah je..kanak-kanak=RM 0.50..dewasa=RM1.00..ok..kami pilih tempat yang atas sekali..ok..kena mendaki lagi!ye..mendaki lagi ye..:)..waaa..tak cukup2 ngan broga..kat sungai tekala pun kena mendaki gak..tak pe lah..asalkan kami dapat privacy sket..nek tempat tinggi tu sebenarnya nak jauh dari orang ramai sebab kami nak buat aktiviti sikit..first aktiviti yang kitowang buat adalah lumba makan tembikai dengan bawang merah paling cepat..kikiki...nasib baik akma jadi ajk..so akma tak involve dengan aktiviti tu..then kami men lawan2 trademark plak,.seb bek semua sempoi je..supporting je masing2..thank kowang sebab support aktiviti kitowang ni..then kitowang blek ke usim kol 4 ptg..sebelum balik tu ada sikit acara bagi hadiah untuk semua peserta dan cikgu silat kami yang kami sangat sayang..:)..haha..bodek habis..t markah dapat full..ok!..hehe..tamat da..hope..ukhwah yang terjalin akan berkekalan..sayang semua kawan2 silat gayong!!..




solat subuh kat atas bukit..:)


kat atas puncak


kecuakkan nak turun..hehe

kat sungai tekala 


sincerely..akma zainal








Friday 1 June 2012

aku dari tulang rusuk siapa??

assalamualaikum w.b.t

hmm..akma sekarang ni bila duduk sorang2 suka sangat berkhayal macam2..hehe..dan ni lah salah satu juga khayalan akma yang suatu hari nanti akan terlaksana jika di izin-Nya..iaitu ingin membina mahligai impian..(ecehhh..ayat nak skema!)..hehe..dan untuk bakal suami akma.:).(pemilik tulang rusuk kiri tersebut)..
akma harap nanti bila sahnya kita sebagai suami isteri.,
luruskanlah akma dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana kami semua kaum hawa dicipta dari tulang yang tidak lurus  oleh Allah. Didiklah akma dengan panduan dari-Nya dan bukannya dengan harta benda sebab akma takut nanti akma akan jadi lalai dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang solehah..:)..cukup la hanya apa yang termampu diberikan sahaja..insyaAllah akma tak kan meminta-minta.. dan janganlah hiburkan akma dengan kecantikan, sebab akma takut akma akan rasa sangat down bila akma dibanding-bandingkan even akma tak luahkan...
 Kenalkan lah akma kepada zat Allah yang kekal abadi, sebab disitulah permulaan untuk kita membina rumahtangga yang bahagia..rumahtangga yang diredhai olehnya..:) akma harap juga..kita akan membuka syurga ilmu kita sendiri didalam rumah kita..kita akan beli buku2 ilmiah banyak2 sebab dengan ilmu lah kita boleh mengawal pelbagai masalah dan situasi dalam rumahtangga kita..dan dengan buku2 tu juga mudah-mudahan anak2 kita akan terbentuk dengan baik akhlaknya..kita juga akan selalu membajai iman kita bersama2 dengan menghidupkan suasana qiamulail setiap malam..mesti seronokkan :')..dan..yang terakhir..untuk bakal imamku..persiapkan lah dirimu seeloknya sekarang dengan sifat2 mahmudah,sifat2 kepimpinan kerana engkau bakal memimpin sebuah kapal besar dan jika engkau gagal mengendalinya..karam la kapal itu..dan akma di sini juga akan cuba mempersiapkan diri akma sebaik-baiknya..untuk menjadi.. isteri solehah untukmu..dan bidadari bagimu..:)


sincerely..akma zainal


Thursday 31 May 2012

untungnya jadi wanita!!..:)

attention!attention!..hehe..kecohkan akma ni..hehe..takpe la..kecoh dekat blog sendiri je pun..nak bagi tahu ni..dulu akma ada pernah terbaca tentang 1001 perkara yang menyebabkan wanita masuk ke syurga..tapi..lupe da..:)..tapi nak bagitahu..dilahirkan sebagai kaum wanita ni sebenarnya sangat istimewa..walaupun kita dianggap lemah..tapi kita mampu mengoncang dunia taw..dan dengan hanya melakukan beberapa perkara kecil yang ma'ruf..Allah akan bukakan mana2 pintu syurga untuk kita masuk..:)

Antara sumber-sumber yang akma dapat dari internet:


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

"Jika seseorang perempuan mengerjakan solat yang lima,puasa di bulan ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana sahaja pintu yang engkau suka". (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)



sincerely..akma zainal

Wednesday 30 May 2012

wordless# wednesday

assalamualaikum..
hmm..nape eik makin da nak dekat dengan exam ni permainan emosi makin bertambah..sekejap2 kawan yang ni merajuk..sekejap2 yang ni pulak emo..alahai..please to all my girlfriend..da nak dekat exam ni la kita kena saling bantu membantu kawan2 yang lain..if mane yang cepat terasa hati dengan gurauan..cepat2 bagitahu..tak payah nak merajuk lame2..kesian yang si kawan tu jadi tanggung rasa serba salah lama2..kepada yang sikit2 nak marah plak..ok..cube tenangkan hati dulu..fikirkan ukhwah kita atas dasar kerana apa..jika kita bersahabat kerana Allah..insyaAllah..segala ujian yang kita hadapi kita boleh harunginya sama2..tak payah nak marah2 terus..pada sesiapa yang rasa kawan2 di sekitarnya makin menjauh kan diri..cepat2 muhasabah diri..mungkin silapnya pada diri anda juga..


5 sahabat memburu impian :)



"Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat..dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"- Saidina Ali

Sunday 27 May 2012

mps:Arabians night


assalamualaikum..khaifa halukum ya sodikoti..hehe..:)..ha..alhamdulillah jika semua sehat2 belaka..waaa..entry kali ni ala2 arab sikit aw..sebabnya malam semalam akma baru je menghadiri Malam Perdana Siswa Kolej Kediaman 1 dengan temanya..Arabian Night..hehe..so semalam..major of us pakai jubah hitam..semua dah macam puak syiah mane ntah..hehe..gurau je (padahal sendiri pun kai jubah hitam!) :)..lagipun tu je yang kami mampu pakai..nak beli baju lain alang2 plak..ok..so bermula majlis itu pada pukul 8.00 mlm..*sepatutnya lah*..hehe..tapi biasalah dah faham sangat kan..lewat sket tu biasa lah..then MC pun mulakan la majlis dengan celoteh2nya dan juga pantun2 nya yang sangat sedap itu..huhu..tapi tu semua tak penting..yang penting kami sangat2 lapar da masa tuu..lauk kat depan mata plak memang boleh mengalirkan air liur la..tapi semua orang control cantek..hehe..so..kami sabar menunggu sehinggalah doa makan di bacakan..kami sangat lah menghayati doa tu..tetiba doa makan tu menjadi sangat panjang..hehe..dari khusyuk jadi tak khuyusk da..masing2 senyum antara satu sama lain..*time2 ni la doa makan tu nak panjang berjeler*..then..habis je doa..ok..kami cntrol cantek lagi..pelan2 kami senduk nasi tu kepinggan masing2..dan pelan2 menyuapnya kedalam mulut..waaaa...sangat sedap nasi arab ni!!!..seyezly..akma sangat2 suka rasa dia..cukuplah segala rempah ratus semua tu..haha..yang paling akma geram..udang2 yang sangat besar kat atas sekali tu..huhu..sedih..hanya mampu lihat je..tak boleh makan..takpe2..demi kesihatan..akma sanggup tak makan..hehe..ok..masa makan tu adalah kumpulan nasyid usim ni buat persembahan..diorang nyanyi lagu istikharah cinta..tup!errr...*aku da berubah mood*..btw..mereka punya suara sedap sangat..mesti bila mereka baca al-quran pun sedap kan..:)..then..adalah pelbagai hadiah dan anugerah disampaikan..yang penting akma tak dapat ok!..hehe..yang penting kami semua happy dan semoga ukhwah ini akan berterusan sampai bila2..



menyiapkan anak dara orang..hehe..














harap juga semoga senyuman ini akan terus berkekalan..sayang semua my sweet girlfriend!






Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."Riwayat al-Tabrani





sincerely..akma zainal


Saturday 26 May 2012

part 2:muzikal cinta


 Assalamualaikum..

segmen 2

soalan:kenapa cinta sekarang dikaitkan dengan cinta monyet??:)

Imam Muda Fakhrul

kenapa dikaitkan dengan monyet???sebabnya monyet ni suka sangat main2..kejap bergayut kat pokok ni..kejap bergayut kat pokok sana..hah..camtu la remaja sekarang ni..mula2 dengan si gadis A,lepastu tak serasi la katakan..pergi pula kat gadis B..then tak ada jodoh..pergi pula kat gadis C..huhu..senang cerita cinta monyet ni..cinta yang di mana kita nak cari pasangan yang paling serasi dengan kita..cinta ni bukan maksiat sebenarnya..bak kata imam muda..tapi sebenarnya adalah fitrah..dan kita pula jangan memandai –mandai menukarkan fitrah itu kepada fitnah..hah,,bunyi nak dekat2 sama kan..tapi yang fitnah tu sangat2 bahaya..fitnah tu seperti tidur..dan Allah sangat melaknat kepada orang2 yang mengejutkan fitnah ini..dan cinta itu tak salah..tapi kena tengok juga cara macam mana kita uruskan cinta tersebut..

Ustazah Asma’ Harun

wujud kah cinta kerana Allah??hah..sebenarnya..wujud cinta seperti itu..sebab bila kita cinta kerana Allah..kita tidak akan sedih jika  cinta itu hilang..kerana Allah la yang memutikkan cinta dalam hati2 manusia dan Allah juga lah berhak menarik cinta itu..cinta itu sangat suci,tapi manusia yang telah mengotorkan kesuciaan itu..:’)..dengan zaman sekarang yang makin maju teknologinya..banyak membuatkan hati-hati kita lalai..contohnya..bila da bercinta ni..nak mms la..video kol la..skype la..hah..(terkena batang hidung sendiri..oucchh),,,hehe..ok..ustazah cakap lagi..bila nak bercinta tu mesti ada niat..nak jadikan suami/isteri..then..kalau nak tahu cinta tu ok atau tak..cuba tengok bila kita jumpa Allah sama tak cantiknya macam kita jumpa pakwe kita..:)..dan barang siapa yang boleh terbayang muka pakwe..tapi tak boleh nak terbayang muka mak abah..dia tak layak untuk bercinta..:)..ok..ustazah juga ada bagi tips macammana nak dating cara islam..1)mesti lah ada peneman dan peneman itu hendaklah orang yang beriman..hah,,jangan pula bawak adik kecik yang baru 2 tahun tu..memang tak la kan boleh elak maksiat n fitnah tu..lepastu macam mana pula kita nak berhubung..yela..bila kita da bertunang..sepanjang proses ta’aruf tu..mesti ada rasa nak berhubung kan..:)..ok..1)guna panggilan seperti encik/ustaz..hehe..sebabnya..kalau lelaki panggil kita saying..sebenarnya dia tak hormat akan kita..huhu..(sentap ag..)..2)orang perempuan jangan sekali-kali cakap dengan lelaki waktu malam..kenapa??sebab..lelaki ni..waktu malam di boleh transform taw..hehe..se eloknya..bagi je lah mesej if da terdesak sangat nak cntct..ok??;)..

ok..kat sini ada tips2 sampingan untuk pilih pasangan yang terbaek lagi terbest untuk kita..:)

1)kena siasat dengan kawan2 dia..tanya serba sedikit macammana pergaulan dia dengan kawan2 dia
2)cari imam masjid tempat kawasan dia tinggal..cuba tanya imam tu..pernah tak nampak polan bin polan ni solat kat masjid..huhu..tapi before tu kena terangkan kat imam tu dulu yang kamu ni bakal isterinya..kang tak pasal2 timbul fitnah pula


ok..itu sahaja ilmu yang akama dapat share..sedikit sebanyak membuka minda kita kan..ingat..bercinta tak haram..tetapi..lebih baik jika kita bercinta selepas akad sebab ianya akan menjadi ibadah..:)

Friday 25 May 2012

part 1:muzikal cinta..:)

assalamualaikum..

haaaaa...entry ni sebenarnya akma nak cerita sedikit ilmu yang akma dapat dari forum muzikal cinta ini..forum ni sebenarnya diadakan dekat kampus akma iaitu USIM terchenta..:)..ok..forum ni di kendalikan oleh 3 orang panel iaitu ustazah Asma' Harun..Ibrahim Husin Ibrahim bin Husin:bekas Mpp USIM..dan yang paling hot stuff iaitu imam muda Fakrul..:)..dan tak lupa juga iringan muzik dari kumpulan one soulz..


di dalam forum ini ada 2 segmen..ok..akma akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang akma sempat catat..selamat membaca..:)

Segmen 1:

Imam Muda Fakhrul Razi

soalan:apa itu cinta???

ok..bak kata imam muda fakhrul “sesiapa yang rasa cinta itu,dia tahu makna cinta itu”..waaa…bestkan!! ringkas tetapi membuatkan kita faham dengan kata2 tu...tapi..imam muda juga cakap.”cinta yang paling nikmat rasanya ialah cinta kepada Al-Khaliq”..ok..kita renungkan sekejap..apa makna cinta itu sebenarnya..cinta itu adalah merupakan  1 fitrah dan 1 anugerah buat semua makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini.. kita memang tak akan boleh lari dari fitrah itu..dan sepatutnya bila kita rasa ada cinta dalam diri kita,kita kena bersyukur..sebabnya kita ini normal.. Alhamdulillah J ..dan untuk merasa cinta yang sangat Agung pula iaitu cinta kepada Allah sebenarnya sangat susah...hanya orang yang mempunyai halawatul iman sahaja yang boleh merasai cinta teragung itu..masyaAllah..:’)..

 3 golongan halawatul iman:
1)Apabila dia mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w  lebih dari segala-galanya
2)mencintai seseorang kerana Allah
3)apabila dia benci untuk kembali kepada kekufuran

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 


didalam surah At-Taubah juga ada dinyatakan tentang peringkat-peringkat cinta iaitu:
1)cinta kepada Allah
2)cinta kepada Rasulullah s.a.w
3)cinta kepada jihad
4)cinta kepada ibu bapa
5)cinta kepada kekasih iaitu suami/isteri

jika kita sebagai umat islam tidak benar-benar ada rasa cinta yang ikhlas kepada Allah Ta’ala,nescaya kita akan tergolong di antara 2 golongan ini iaitu golongan fasik dan golongan yang ditimpa musibah.

Ustazah Asma’ Harun

soalan:bagaimana cinta kepada Rasulullah s.a.w???

ok..sebelum ustazah asma menjawab soalan tersebut,ustazah ada bagitahu kepada kami  yang menghadiri forum ini..”jika kita dipilih untuk syurga dunia, InsyaAllah kita juga akan dipilih untuk syurga akhirat nanti”..:)..sebenarnya,apa yang ustazah ingin sampaikan ialah hadirin yang hadir ke forum ini adalah golongan yang bertuah kerana berjaya melawan hawa nafsu ,yela..mungkin ada kawan-kawan kami yang tak dapat hadir ke forum ini tetapi tiada halangan apa2 pun kecuali tidak dapat melawan hawa nafsunya sendiri..ok..kecenderungan cinta..contoh kecenderungan cinta ini  ialah apabila kita berasa berdebar-debar berjumpa dengan orang yang kita cinta,yang kita sayang..jantung seakan mahu gugur..ish3!!dasyat tu...hehe..tapi kita akan rasa berdebar-debar  tak apabila kita melafazkan selawat ke atas nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w???ada tak..:)..hmm..tepuk dada tanya selera ae..dan sebenarnya Allah telah memerintahkan malaikat untuk mencari umat yang berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keikhlasan...macam mana tu??ok..rasakan ianya didalam hati sebab jika kita tidak dapat merasakannya  bermakna ianya hanyalah sekadar di mulut,dan Allah tidak akan menerima selawat itu..

ok..ada 4 tanda cinta yang ustazah telah sebutkan iaitu:
1)kita akan selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cinta dan kita juga akan rasa berbunga-bunga apabila menyebut namanya
2)kita akan selalu berasa rindu pada orang yang kita cinta
3)akan lahir rasa ketaatan dalam diri kita untuk melakukan apa sahaja yang disuruh
4)kita akan sanggup berkorban melakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta

tapi persoalannya..wujud tak 4 tanda cinta ni terhadap cinta kita kepada Rasulullah s.a.w??? :)..adakah kita selalu menyebut-nyebut dan berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w??Astagfiruallah..:’)..sebenarnya baginda sangat2 sayang kepada kita..nak tahu kenapa??sebab ada 1 peristiwa dimana ketika nabi sedang bersama-sama para sahabatnya,nabi ada berkata bahawa baginda sangat rindu akan akhawani(saudaranya),dan para sahabat menjadi sangat cemburu kepada akhawani itu kerana akhawani itu terpilih menjadi insan yang baginda rindui..para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah akhawani itu?rasulullah s.a.w menjawab..umat akhir zaman ku..:’)..dimana imanya sangat pelik..hanya berdasarkan al-quran dan as-sunnah iman mereka bertambah..

ok..kita takut mati tak??cuba tanya dekat diri masing2..jika anda seorang yang beriman anda pasti tidak akan takut mati kerana kematiaan sebenarnya adalah permulaan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w kerana kita baru nak jumpa dengan cinta kita dan bukannya pengakhiran..dan untuk mendapat cinta Allah itu kita perlulah taat akan segala suruhannya..dan suruhan Allah adalah sangat tepat dimana apabila Dia menyuruh kita untuk menutup aurat..kita perlu tutup aurat supaya tidak menimbulkan masalah syahwat golongan lelaki..dan orang yang merasa susah dengan suruhan Allah sebenarnya dia tidak cintakan Allah..:’)..renung2kan..

to be continued.................

Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah"Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?"Jawab baginda:"Majlis zikir."(HRat-Tirmidzi)