Thursday 31 May 2012

untungnya jadi wanita!!..:)

attention!attention!..hehe..kecohkan akma ni..hehe..takpe la..kecoh dekat blog sendiri je pun..nak bagi tahu ni..dulu akma ada pernah terbaca tentang 1001 perkara yang menyebabkan wanita masuk ke syurga..tapi..lupe da..:)..tapi nak bagitahu..dilahirkan sebagai kaum wanita ni sebenarnya sangat istimewa..walaupun kita dianggap lemah..tapi kita mampu mengoncang dunia taw..dan dengan hanya melakukan beberapa perkara kecil yang ma'ruf..Allah akan bukakan mana2 pintu syurga untuk kita masuk..:)

Antara sumber-sumber yang akma dapat dari internet:


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

"Jika seseorang perempuan mengerjakan solat yang lima,puasa di bulan ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana sahaja pintu yang engkau suka". (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)



sincerely..akma zainal

Wednesday 30 May 2012

wordless# wednesday

assalamualaikum..
hmm..nape eik makin da nak dekat dengan exam ni permainan emosi makin bertambah..sekejap2 kawan yang ni merajuk..sekejap2 yang ni pulak emo..alahai..please to all my girlfriend..da nak dekat exam ni la kita kena saling bantu membantu kawan2 yang lain..if mane yang cepat terasa hati dengan gurauan..cepat2 bagitahu..tak payah nak merajuk lame2..kesian yang si kawan tu jadi tanggung rasa serba salah lama2..kepada yang sikit2 nak marah plak..ok..cube tenangkan hati dulu..fikirkan ukhwah kita atas dasar kerana apa..jika kita bersahabat kerana Allah..insyaAllah..segala ujian yang kita hadapi kita boleh harunginya sama2..tak payah nak marah2 terus..pada sesiapa yang rasa kawan2 di sekitarnya makin menjauh kan diri..cepat2 muhasabah diri..mungkin silapnya pada diri anda juga..


5 sahabat memburu impian :)



"Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat..dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"- Saidina Ali

Sunday 27 May 2012

mps:Arabians night


assalamualaikum..khaifa halukum ya sodikoti..hehe..:)..ha..alhamdulillah jika semua sehat2 belaka..waaa..entry kali ni ala2 arab sikit aw..sebabnya malam semalam akma baru je menghadiri Malam Perdana Siswa Kolej Kediaman 1 dengan temanya..Arabian Night..hehe..so semalam..major of us pakai jubah hitam..semua dah macam puak syiah mane ntah..hehe..gurau je (padahal sendiri pun kai jubah hitam!) :)..lagipun tu je yang kami mampu pakai..nak beli baju lain alang2 plak..ok..so bermula majlis itu pada pukul 8.00 mlm..*sepatutnya lah*..hehe..tapi biasalah dah faham sangat kan..lewat sket tu biasa lah..then MC pun mulakan la majlis dengan celoteh2nya dan juga pantun2 nya yang sangat sedap itu..huhu..tapi tu semua tak penting..yang penting kami sangat2 lapar da masa tuu..lauk kat depan mata plak memang boleh mengalirkan air liur la..tapi semua orang control cantek..hehe..so..kami sabar menunggu sehinggalah doa makan di bacakan..kami sangat lah menghayati doa tu..tetiba doa makan tu menjadi sangat panjang..hehe..dari khusyuk jadi tak khuyusk da..masing2 senyum antara satu sama lain..*time2 ni la doa makan tu nak panjang berjeler*..then..habis je doa..ok..kami cntrol cantek lagi..pelan2 kami senduk nasi tu kepinggan masing2..dan pelan2 menyuapnya kedalam mulut..waaaa...sangat sedap nasi arab ni!!!..seyezly..akma sangat2 suka rasa dia..cukuplah segala rempah ratus semua tu..haha..yang paling akma geram..udang2 yang sangat besar kat atas sekali tu..huhu..sedih..hanya mampu lihat je..tak boleh makan..takpe2..demi kesihatan..akma sanggup tak makan..hehe..ok..masa makan tu adalah kumpulan nasyid usim ni buat persembahan..diorang nyanyi lagu istikharah cinta..tup!errr...*aku da berubah mood*..btw..mereka punya suara sedap sangat..mesti bila mereka baca al-quran pun sedap kan..:)..then..adalah pelbagai hadiah dan anugerah disampaikan..yang penting akma tak dapat ok!..hehe..yang penting kami semua happy dan semoga ukhwah ini akan berterusan sampai bila2..



menyiapkan anak dara orang..hehe..














harap juga semoga senyuman ini akan terus berkekalan..sayang semua my sweet girlfriend!






Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."Riwayat al-Tabrani





sincerely..akma zainal


Saturday 26 May 2012

part 2:muzikal cinta


 Assalamualaikum..

segmen 2

soalan:kenapa cinta sekarang dikaitkan dengan cinta monyet??:)

Imam Muda Fakhrul

kenapa dikaitkan dengan monyet???sebabnya monyet ni suka sangat main2..kejap bergayut kat pokok ni..kejap bergayut kat pokok sana..hah..camtu la remaja sekarang ni..mula2 dengan si gadis A,lepastu tak serasi la katakan..pergi pula kat gadis B..then tak ada jodoh..pergi pula kat gadis C..huhu..senang cerita cinta monyet ni..cinta yang di mana kita nak cari pasangan yang paling serasi dengan kita..cinta ni bukan maksiat sebenarnya..bak kata imam muda..tapi sebenarnya adalah fitrah..dan kita pula jangan memandai –mandai menukarkan fitrah itu kepada fitnah..hah,,bunyi nak dekat2 sama kan..tapi yang fitnah tu sangat2 bahaya..fitnah tu seperti tidur..dan Allah sangat melaknat kepada orang2 yang mengejutkan fitnah ini..dan cinta itu tak salah..tapi kena tengok juga cara macam mana kita uruskan cinta tersebut..

Ustazah Asma’ Harun

wujud kah cinta kerana Allah??hah..sebenarnya..wujud cinta seperti itu..sebab bila kita cinta kerana Allah..kita tidak akan sedih jika  cinta itu hilang..kerana Allah la yang memutikkan cinta dalam hati2 manusia dan Allah juga lah berhak menarik cinta itu..cinta itu sangat suci,tapi manusia yang telah mengotorkan kesuciaan itu..:’)..dengan zaman sekarang yang makin maju teknologinya..banyak membuatkan hati-hati kita lalai..contohnya..bila da bercinta ni..nak mms la..video kol la..skype la..hah..(terkena batang hidung sendiri..oucchh),,,hehe..ok..ustazah cakap lagi..bila nak bercinta tu mesti ada niat..nak jadikan suami/isteri..then..kalau nak tahu cinta tu ok atau tak..cuba tengok bila kita jumpa Allah sama tak cantiknya macam kita jumpa pakwe kita..:)..dan barang siapa yang boleh terbayang muka pakwe..tapi tak boleh nak terbayang muka mak abah..dia tak layak untuk bercinta..:)..ok..ustazah juga ada bagi tips macammana nak dating cara islam..1)mesti lah ada peneman dan peneman itu hendaklah orang yang beriman..hah,,jangan pula bawak adik kecik yang baru 2 tahun tu..memang tak la kan boleh elak maksiat n fitnah tu..lepastu macam mana pula kita nak berhubung..yela..bila kita da bertunang..sepanjang proses ta’aruf tu..mesti ada rasa nak berhubung kan..:)..ok..1)guna panggilan seperti encik/ustaz..hehe..sebabnya..kalau lelaki panggil kita saying..sebenarnya dia tak hormat akan kita..huhu..(sentap ag..)..2)orang perempuan jangan sekali-kali cakap dengan lelaki waktu malam..kenapa??sebab..lelaki ni..waktu malam di boleh transform taw..hehe..se eloknya..bagi je lah mesej if da terdesak sangat nak cntct..ok??;)..

ok..kat sini ada tips2 sampingan untuk pilih pasangan yang terbaek lagi terbest untuk kita..:)

1)kena siasat dengan kawan2 dia..tanya serba sedikit macammana pergaulan dia dengan kawan2 dia
2)cari imam masjid tempat kawasan dia tinggal..cuba tanya imam tu..pernah tak nampak polan bin polan ni solat kat masjid..huhu..tapi before tu kena terangkan kat imam tu dulu yang kamu ni bakal isterinya..kang tak pasal2 timbul fitnah pula


ok..itu sahaja ilmu yang akama dapat share..sedikit sebanyak membuka minda kita kan..ingat..bercinta tak haram..tetapi..lebih baik jika kita bercinta selepas akad sebab ianya akan menjadi ibadah..:)

Friday 25 May 2012

part 1:muzikal cinta..:)

assalamualaikum..

haaaaa...entry ni sebenarnya akma nak cerita sedikit ilmu yang akma dapat dari forum muzikal cinta ini..forum ni sebenarnya diadakan dekat kampus akma iaitu USIM terchenta..:)..ok..forum ni di kendalikan oleh 3 orang panel iaitu ustazah Asma' Harun..Ibrahim Husin Ibrahim bin Husin:bekas Mpp USIM..dan yang paling hot stuff iaitu imam muda Fakrul..:)..dan tak lupa juga iringan muzik dari kumpulan one soulz..


di dalam forum ini ada 2 segmen..ok..akma akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang akma sempat catat..selamat membaca..:)

Segmen 1:

Imam Muda Fakhrul Razi

soalan:apa itu cinta???

ok..bak kata imam muda fakhrul “sesiapa yang rasa cinta itu,dia tahu makna cinta itu”..waaa…bestkan!! ringkas tetapi membuatkan kita faham dengan kata2 tu...tapi..imam muda juga cakap.”cinta yang paling nikmat rasanya ialah cinta kepada Al-Khaliq”..ok..kita renungkan sekejap..apa makna cinta itu sebenarnya..cinta itu adalah merupakan  1 fitrah dan 1 anugerah buat semua makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini.. kita memang tak akan boleh lari dari fitrah itu..dan sepatutnya bila kita rasa ada cinta dalam diri kita,kita kena bersyukur..sebabnya kita ini normal.. Alhamdulillah J ..dan untuk merasa cinta yang sangat Agung pula iaitu cinta kepada Allah sebenarnya sangat susah...hanya orang yang mempunyai halawatul iman sahaja yang boleh merasai cinta teragung itu..masyaAllah..:’)..

 3 golongan halawatul iman:
1)Apabila dia mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w  lebih dari segala-galanya
2)mencintai seseorang kerana Allah
3)apabila dia benci untuk kembali kepada kekufuran

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 


didalam surah At-Taubah juga ada dinyatakan tentang peringkat-peringkat cinta iaitu:
1)cinta kepada Allah
2)cinta kepada Rasulullah s.a.w
3)cinta kepada jihad
4)cinta kepada ibu bapa
5)cinta kepada kekasih iaitu suami/isteri

jika kita sebagai umat islam tidak benar-benar ada rasa cinta yang ikhlas kepada Allah Ta’ala,nescaya kita akan tergolong di antara 2 golongan ini iaitu golongan fasik dan golongan yang ditimpa musibah.

Ustazah Asma’ Harun

soalan:bagaimana cinta kepada Rasulullah s.a.w???

ok..sebelum ustazah asma menjawab soalan tersebut,ustazah ada bagitahu kepada kami  yang menghadiri forum ini..”jika kita dipilih untuk syurga dunia, InsyaAllah kita juga akan dipilih untuk syurga akhirat nanti”..:)..sebenarnya,apa yang ustazah ingin sampaikan ialah hadirin yang hadir ke forum ini adalah golongan yang bertuah kerana berjaya melawan hawa nafsu ,yela..mungkin ada kawan-kawan kami yang tak dapat hadir ke forum ini tetapi tiada halangan apa2 pun kecuali tidak dapat melawan hawa nafsunya sendiri..ok..kecenderungan cinta..contoh kecenderungan cinta ini  ialah apabila kita berasa berdebar-debar berjumpa dengan orang yang kita cinta,yang kita sayang..jantung seakan mahu gugur..ish3!!dasyat tu...hehe..tapi kita akan rasa berdebar-debar  tak apabila kita melafazkan selawat ke atas nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w???ada tak..:)..hmm..tepuk dada tanya selera ae..dan sebenarnya Allah telah memerintahkan malaikat untuk mencari umat yang berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keikhlasan...macam mana tu??ok..rasakan ianya didalam hati sebab jika kita tidak dapat merasakannya  bermakna ianya hanyalah sekadar di mulut,dan Allah tidak akan menerima selawat itu..

ok..ada 4 tanda cinta yang ustazah telah sebutkan iaitu:
1)kita akan selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cinta dan kita juga akan rasa berbunga-bunga apabila menyebut namanya
2)kita akan selalu berasa rindu pada orang yang kita cinta
3)akan lahir rasa ketaatan dalam diri kita untuk melakukan apa sahaja yang disuruh
4)kita akan sanggup berkorban melakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta

tapi persoalannya..wujud tak 4 tanda cinta ni terhadap cinta kita kepada Rasulullah s.a.w??? :)..adakah kita selalu menyebut-nyebut dan berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w??Astagfiruallah..:’)..sebenarnya baginda sangat2 sayang kepada kita..nak tahu kenapa??sebab ada 1 peristiwa dimana ketika nabi sedang bersama-sama para sahabatnya,nabi ada berkata bahawa baginda sangat rindu akan akhawani(saudaranya),dan para sahabat menjadi sangat cemburu kepada akhawani itu kerana akhawani itu terpilih menjadi insan yang baginda rindui..para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah akhawani itu?rasulullah s.a.w menjawab..umat akhir zaman ku..:’)..dimana imanya sangat pelik..hanya berdasarkan al-quran dan as-sunnah iman mereka bertambah..

ok..kita takut mati tak??cuba tanya dekat diri masing2..jika anda seorang yang beriman anda pasti tidak akan takut mati kerana kematiaan sebenarnya adalah permulaan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w kerana kita baru nak jumpa dengan cinta kita dan bukannya pengakhiran..dan untuk mendapat cinta Allah itu kita perlulah taat akan segala suruhannya..dan suruhan Allah adalah sangat tepat dimana apabila Dia menyuruh kita untuk menutup aurat..kita perlu tutup aurat supaya tidak menimbulkan masalah syahwat golongan lelaki..dan orang yang merasa susah dengan suruhan Allah sebenarnya dia tidak cintakan Allah..:’)..renung2kan..

to be continued.................

Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah"Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?"Jawab baginda:"Majlis zikir."(HRat-Tirmidzi)


Wednesday 23 May 2012

makin aku rindu dia..makin dekat aku pada Allah..

assalamualaikum..hmm..akma sebenarnya rindu akan seseorang yang pernah hadir dalam hidup akma..seseorang yang menjadi element penting dalam diari akma..n someone that always make my day full with smiley..:')..but i know..Allah is the best planner for us..Allah sedarkan kami atas kekhilafan yang telah kami lakukan..because there is no entry in islam that permitted the love between male and female before akad..and this is Allah prohibited..akma harap dengan keputusan akma dan dia untuk lost contact akan sama-sama membuatkan kami makin dekat kepada Allah,.akma suka sangat sebenarnya dan sokong akan pasangan yang berkahwin awal..at least diorang dapat banyak kebaikkan event diorang perlu tanggung tanggungjawab yang besar..yela..at the same time..as a student and as a husband/wife..:).but it is better right than tanggung dosa yang bertambah-tambah sepanjang kapel tu..sebab pada akma..there is no term for islamic couple..even they say their not always contact,no dating,no touching2..but as long as u have a relation between male and female yang tidak melibatkan urusan rasmi seperti kerja ,kowang still berdosa taw..kowang telefon si dia even 2 minit je da senang-senang dapat dosa kering..belum lagi yang mesej sepanjang 24 jaw tu..:) akma bukan nak jadi ustazah ke atau ape2 je lah..akma pun insan biasa..yang belajar dari kesilapan..dan dari kesilapan tu kita cuba ubah diri kita..bukan duduk diam..tapi cari jalan untuk perbaiki kesilapan tu..akma tahu..masing2 ada pendapat dan pandangan yang berbeza..dan ini hanyalah sekadar pendapat akma yang masih kurang lagi dengan ilmu2 islam..but,.tak salahkan share apa yang kita tahu even sedikit..:)..kalau ada yang anggap,bila kapel ni rasa makin semangat nak belajar,why not kowang kahwin je sebab lagi seronok taw bila suami sendiri yang jadi pembakar semangat untuk kita belajar..hehe...cam da ada pengalaman je..dan jika ada yang kata,di sebabkan kapel ni la saya berubah dari jahat jadi baik,sebab pakwe saya selalu marah bila saya buat jahat..waaaa...ini sangat bagus betul..tapi..tapi..kan  lagi elok jika suami yang membetulkan kita,menegur kesilapan kita..free2 suami kita tu dapat pahala taw..:) ok lah,ini cuma pendapat akma je taw..tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..and lastly,akma nak nasihatkan for those yang tengah berpacaran jagalah jarak kowang..and for GIRL..please protect your dignity :'),...ok lah..sekadar perkongsian di pagi hari sebelum memulakan ulangkaji matapelajaran yang sangat -sangat senang..hehe..doakan akma ye..final exam is just around the corner..


assalam..

7 golongan yang mendapat hidayah dan perlindungan..

assalamualaikum semua..:)..waaa..boleh senyum lagi ni padahal dah tengah malam ni..huhu..coz tak dapat tido..blog la jadi mangsa..akma sebenarnya tertarik dengan cerita mengenai 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat..:')..masyaAllah..seronoknya..mudah-mudahan kita semua adalah tergolong dalam 7 golongan tersebut..amin..ok..antaranya ialah..


  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk beribadat kepada Allah
  3. Orang yang hatinya selalu terikat di masjid
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,bertemu dan berpisah juga kerana-Nya
  5. Lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik,tetapi dia menolak dan berkata,"saya takut kepada Allah"
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kananya
  7. Orang yang selalu berzikir pada waktu menyendiri sampai mencucurkan air mata"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
terdapat juga yang dinyakan didalam hadis Ahmad dan Tabrani,daripada Amru bn Jamuh,Rasulullah s.a.w berkata:
 " seorang hamba tidak akan mendapat keimanan yang benar sehingga ia cinta dan benci kerana Allah.Jika ia cinta dan benci kerana Allah ia berhak mendapat perlindungannya"..

senangkan sebenarnya kalau kita nak buat macam orang-orang yang mendapat pertolongan Allah tu..TETAPI..yang menyebabkan kita selalu gagal untuk menjadi antara orang dalam golongan tersebut ialah hati kita..sejauh mana ikhlasnya hati kita untuk jadi seperti itu...sejauh mana niat kita..renung-renungkan dan selamat beramal..:)



Monday 21 May 2012

da terlewat..:'(

assalamualaikum..waa....akma da terlewat nak wish hari ibu...hehe..wish kat blog je yang lewat..tapi wish kat mak on time taw..:)..hukhuk..anak mithali la kata kan...hehe..btw..masa hari ibu hari tu akma buat video khas untuk mak..ni hah videonya..


semua orang dalam dunia ni sayang kat ibu dia kan..so,jagalah hati ibu kita itu sebaik-baiknya..jangan sakitkan hatinya,..jangan buat dia nangis..:')..dan ingat taw..kita kena lebihkan ibu kita 3x daripada ayah kita..tapi bukan lah bermakna kita sampai melebih-lebihkan ibu sehingga ayah cemburu..kalau boleh,bahagikan kasih sayang tu seadilnya..ok???:)..good girls..good boy..

Lelaki idaman saya..:)


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya ..:)



Saturday 19 May 2012

Aku tinggalkan cinta kerana Allah..

Assalamualaikum sahabat2 yang disayangi semua..hari ni akma nak share apa yang akma da baca tentang satu surat ni..luahan isi hati seorang lelaki apabila dia meninggalkan makwenya atas kesedaran dia sendiri mengenai haramnya berkapel..akma tahu,kita semua tahu yang kapel tu adalah salah satu dosa dimana ia menghampiri zina..kita sedar semua tu tapi kita masih lagi lakukannya atas alasan ianya adalah fitrah manusia untuk rasa dicintai..tapi kenapa mencurahkan cinta itu kepada yang bukan muhrim sebelum dihalalkan???sedangkan Allah da bagi jalan yang betul da kepada umat-umat islam untuk menyalurkan cinta mereka mengikut jalan yang halal iaitu pernikahan..fikir-fikirkan lah wahai sahabat sekalian..:').. 

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.


Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa

syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah

perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang

boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.


Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.


Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah

 
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.
_________________
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..


jagalah maruah anda wahai kaum hawa..:')
inilah surat yang akma bagitahu tadi..bestkan bila baca..:)..surat ni sangat memberi manfaat pada kita semua yang da terlalai dengan zaman muda yang berseronok-seronok berkapel ni..ingat la..hidup dan mati hanya sekali..biarkanlah ianya dijalan yang di redhai Allah s.w.t...
beginikan lebih baik..:')

ku mencari cinta khaliqku..~

Assalamualaikum..:)..
happy saturday semua!!!..huhu..alhamdulillah..dapat juga merasa nikmat kelapangan apabila cukup 5 hari belajar + test + debaran untuk oral arab..pagi2 lagi akma dan kawan2 dah pegi joging + main badminton..hah!!dapat gak berpeluh..5 hari asyik duduk bawah aircond je kat bilik kuliah kan...:)..lemak pun da tepu da..hehe..ok..entry kali pasal..KU MENCARI CINTA KHALIQKU..(hehe..cam la orang tak nampak kat title post ue..)...:)..saje jew...nak tekankan lagi..hehe..

apa maksud KHALIQ???
ok..menurut goggle translate..khaliq bermaksud pencipta..;)..dan siapakah pencipta kita???pasti la Allah S.W.T..didalam islam kita dituntut untuk mencinta yang maha Pencipta melebihi dari segala- galanya..melebihi cinta kita kepada keluarga,harta benda,kawan-kawan..baru la kita akan merasai ketenangan dalam diri kita..

macam mana nak dapatkan cinta khaliq???
untuk mendapatkan cinta khaliq sangat mudah..sebab apa???sebab Allah itu Ar-Rahman...Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya..cuma kita sahaja yang selalu menjauhkan diri kita dari-Nya..:')..terukkan kita..:(..dan itu la manusia..sering alpa,leka dan lalai dengan hal2 duniawi..dan apabila susah baru mereka tercari- cari sejadah..baru ingat Allah..astagfirullahalazim..mudah-mudahan kita dijauhkan dari menjadi orang seperti itu..kerana manusia seperti itu sangat rugi hidupnya..ok..antara cara-cara untk mendapatkan cinta Allah adalah dengan memperbanyakkan 5 perkara..apakah 5 perkara ini???ok..IMAM SYAFIE pernah memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu:
1)"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
2)"Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
3)Perbanyakkan menyebut dan mengigati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
4)Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
5)Jangan sebut-sebut dan nampakkan dan keburukkan diri orang lain

ok..akma cuba terangkan satu-satu ae..

-yang pertama,kita selalu sangat memuji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kita lupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita..kita lupa untuk sebut nama Allah..tapi manusia pula yang kita puji berlebih-lebihan..seeloknya basahkan lah lidah kita dengan memuji Allah setiap masa..InsyaAllah..Allah akan lebih menyayangi kita..:)

-yang kedua,dunia terlalu sedikit jika kita nak membandingkannya dengan akhirat..1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran sehari di akhirat.begitu juga dengan kesusahan hidup didunia hanya 1/1000 daripada akhirat..jadi kenapa mesti kita nak mengeluh jika kita ada masalah???hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang sibuk memikirkan dunia dan terlupa akhirat..manakala orang yang paling cerdik adalah orang yang pandai merancang akhiratnya..sentiasa sibuk dengan saham akhirat dan sibuk untuk melipat kali gandakan pahala mereka..sebab mereka tahu apabila mereka mengutamakan akhirat..dunia akan turut mengikut mereka..

-yang ketiga,apabila kita mengingati mati,kita akan jadi takut untuk melakukan dosa-dosa dan ingin selalu melakukan amal kebaikan..inilah terapi yang terbaik untuk mengingatkan diri kita bahawa dunia hanyalah sementara tetapi akhirat selamanya.

-yang keempat,sebenarnya,jika kita selalu menyebut dan mengingat akan kebaikan diri kita,pasti akan menimbulkan penyakit hati iaitu ujub..penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam,dapat merosakkan pahala kebajikan yang dilakukan.lebih dasyat lagi jika ianya meninbulkan riyak atau bangga diri,dan sesiapa yang memakai sifat riyak itu tidak akan mencium bau syurga.oleh itu kita kenalah sedar bahawa setiap perbuatan baik yang kita lakukan datangnya dari Allah..kita sepatutnya bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang yang baik..:)best kan?

-yang kelima,islam menuntut kita untuk melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri sendiri..sebenarnya sifat ingin mengaibkan orang lain ini ditokok dengan rangsangan syaitan menyebabkan kita asyik ingin mencari kesalahan orang lain..bak kata orang tua-tua."kuman seberang laut nampak,tapi gajah di depan mata tak nampak"..hah..camtu la kan kita semua.termasuk la akma jugak..:).. takpe2,,lepas ni kita biasakan diri untuk melihat kesalahan dan keburukkan diri kita sahaja ae..

ok..sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat islam..islam itu tidak menyusahkan pun malah menyenangkan kita semua..percayalah..Islam is the best way!:')..

wasalam..:)