Friday 1 June 2012

aku dari tulang rusuk siapa??

assalamualaikum w.b.t

hmm..akma sekarang ni bila duduk sorang2 suka sangat berkhayal macam2..hehe..dan ni lah salah satu juga khayalan akma yang suatu hari nanti akan terlaksana jika di izin-Nya..iaitu ingin membina mahligai impian..(ecehhh..ayat nak skema!)..hehe..dan untuk bakal suami akma.:).(pemilik tulang rusuk kiri tersebut)..
akma harap nanti bila sahnya kita sebagai suami isteri.,
luruskanlah akma dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana kami semua kaum hawa dicipta dari tulang yang tidak lurus  oleh Allah. Didiklah akma dengan panduan dari-Nya dan bukannya dengan harta benda sebab akma takut nanti akma akan jadi lalai dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang solehah..:)..cukup la hanya apa yang termampu diberikan sahaja..insyaAllah akma tak kan meminta-minta.. dan janganlah hiburkan akma dengan kecantikan, sebab akma takut akma akan rasa sangat down bila akma dibanding-bandingkan even akma tak luahkan...
 Kenalkan lah akma kepada zat Allah yang kekal abadi, sebab disitulah permulaan untuk kita membina rumahtangga yang bahagia..rumahtangga yang diredhai olehnya..:) akma harap juga..kita akan membuka syurga ilmu kita sendiri didalam rumah kita..kita akan beli buku2 ilmiah banyak2 sebab dengan ilmu lah kita boleh mengawal pelbagai masalah dan situasi dalam rumahtangga kita..dan dengan buku2 tu juga mudah-mudahan anak2 kita akan terbentuk dengan baik akhlaknya..kita juga akan selalu membajai iman kita bersama2 dengan menghidupkan suasana qiamulail setiap malam..mesti seronokkan :')..dan..yang terakhir..untuk bakal imamku..persiapkan lah dirimu seeloknya sekarang dengan sifat2 mahmudah,sifat2 kepimpinan kerana engkau bakal memimpin sebuah kapal besar dan jika engkau gagal mengendalinya..karam la kapal itu..dan akma di sini juga akan cuba mempersiapkan diri akma sebaik-baiknya..untuk menjadi.. isteri solehah untukmu..dan bidadari bagimu..:)


sincerely..akma zainal


No comments:

Post a Comment