Friday 25 May 2012

part 1:muzikal cinta..:)

assalamualaikum..

haaaaa...entry ni sebenarnya akma nak cerita sedikit ilmu yang akma dapat dari forum muzikal cinta ini..forum ni sebenarnya diadakan dekat kampus akma iaitu USIM terchenta..:)..ok..forum ni di kendalikan oleh 3 orang panel iaitu ustazah Asma' Harun..Ibrahim Husin Ibrahim bin Husin:bekas Mpp USIM..dan yang paling hot stuff iaitu imam muda Fakrul..:)..dan tak lupa juga iringan muzik dari kumpulan one soulz..


di dalam forum ini ada 2 segmen..ok..akma akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang akma sempat catat..selamat membaca..:)

Segmen 1:

Imam Muda Fakhrul Razi

soalan:apa itu cinta???

ok..bak kata imam muda fakhrul “sesiapa yang rasa cinta itu,dia tahu makna cinta itu”..waaa…bestkan!! ringkas tetapi membuatkan kita faham dengan kata2 tu...tapi..imam muda juga cakap.”cinta yang paling nikmat rasanya ialah cinta kepada Al-Khaliq”..ok..kita renungkan sekejap..apa makna cinta itu sebenarnya..cinta itu adalah merupakan  1 fitrah dan 1 anugerah buat semua makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini.. kita memang tak akan boleh lari dari fitrah itu..dan sepatutnya bila kita rasa ada cinta dalam diri kita,kita kena bersyukur..sebabnya kita ini normal.. Alhamdulillah J ..dan untuk merasa cinta yang sangat Agung pula iaitu cinta kepada Allah sebenarnya sangat susah...hanya orang yang mempunyai halawatul iman sahaja yang boleh merasai cinta teragung itu..masyaAllah..:’)..

 3 golongan halawatul iman:
1)Apabila dia mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w  lebih dari segala-galanya
2)mencintai seseorang kerana Allah
3)apabila dia benci untuk kembali kepada kekufuran

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 


didalam surah At-Taubah juga ada dinyatakan tentang peringkat-peringkat cinta iaitu:
1)cinta kepada Allah
2)cinta kepada Rasulullah s.a.w
3)cinta kepada jihad
4)cinta kepada ibu bapa
5)cinta kepada kekasih iaitu suami/isteri

jika kita sebagai umat islam tidak benar-benar ada rasa cinta yang ikhlas kepada Allah Ta’ala,nescaya kita akan tergolong di antara 2 golongan ini iaitu golongan fasik dan golongan yang ditimpa musibah.

Ustazah Asma’ Harun

soalan:bagaimana cinta kepada Rasulullah s.a.w???

ok..sebelum ustazah asma menjawab soalan tersebut,ustazah ada bagitahu kepada kami  yang menghadiri forum ini..”jika kita dipilih untuk syurga dunia, InsyaAllah kita juga akan dipilih untuk syurga akhirat nanti”..:)..sebenarnya,apa yang ustazah ingin sampaikan ialah hadirin yang hadir ke forum ini adalah golongan yang bertuah kerana berjaya melawan hawa nafsu ,yela..mungkin ada kawan-kawan kami yang tak dapat hadir ke forum ini tetapi tiada halangan apa2 pun kecuali tidak dapat melawan hawa nafsunya sendiri..ok..kecenderungan cinta..contoh kecenderungan cinta ini  ialah apabila kita berasa berdebar-debar berjumpa dengan orang yang kita cinta,yang kita sayang..jantung seakan mahu gugur..ish3!!dasyat tu...hehe..tapi kita akan rasa berdebar-debar  tak apabila kita melafazkan selawat ke atas nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w???ada tak..:)..hmm..tepuk dada tanya selera ae..dan sebenarnya Allah telah memerintahkan malaikat untuk mencari umat yang berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keikhlasan...macam mana tu??ok..rasakan ianya didalam hati sebab jika kita tidak dapat merasakannya  bermakna ianya hanyalah sekadar di mulut,dan Allah tidak akan menerima selawat itu..

ok..ada 4 tanda cinta yang ustazah telah sebutkan iaitu:
1)kita akan selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cinta dan kita juga akan rasa berbunga-bunga apabila menyebut namanya
2)kita akan selalu berasa rindu pada orang yang kita cinta
3)akan lahir rasa ketaatan dalam diri kita untuk melakukan apa sahaja yang disuruh
4)kita akan sanggup berkorban melakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta

tapi persoalannya..wujud tak 4 tanda cinta ni terhadap cinta kita kepada Rasulullah s.a.w??? :)..adakah kita selalu menyebut-nyebut dan berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w??Astagfiruallah..:’)..sebenarnya baginda sangat2 sayang kepada kita..nak tahu kenapa??sebab ada 1 peristiwa dimana ketika nabi sedang bersama-sama para sahabatnya,nabi ada berkata bahawa baginda sangat rindu akan akhawani(saudaranya),dan para sahabat menjadi sangat cemburu kepada akhawani itu kerana akhawani itu terpilih menjadi insan yang baginda rindui..para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah akhawani itu?rasulullah s.a.w menjawab..umat akhir zaman ku..:’)..dimana imanya sangat pelik..hanya berdasarkan al-quran dan as-sunnah iman mereka bertambah..

ok..kita takut mati tak??cuba tanya dekat diri masing2..jika anda seorang yang beriman anda pasti tidak akan takut mati kerana kematiaan sebenarnya adalah permulaan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w kerana kita baru nak jumpa dengan cinta kita dan bukannya pengakhiran..dan untuk mendapat cinta Allah itu kita perlulah taat akan segala suruhannya..dan suruhan Allah adalah sangat tepat dimana apabila Dia menyuruh kita untuk menutup aurat..kita perlu tutup aurat supaya tidak menimbulkan masalah syahwat golongan lelaki..dan orang yang merasa susah dengan suruhan Allah sebenarnya dia tidak cintakan Allah..:’)..renung2kan..

to be continued.................

Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah"Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?"Jawab baginda:"Majlis zikir."(HRat-Tirmidzi)


No comments:

Post a Comment