Wednesday 23 May 2012

7 golongan yang mendapat hidayah dan perlindungan..

assalamualaikum semua..:)..waaa..boleh senyum lagi ni padahal dah tengah malam ni..huhu..coz tak dapat tido..blog la jadi mangsa..akma sebenarnya tertarik dengan cerita mengenai 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat..:')..masyaAllah..seronoknya..mudah-mudahan kita semua adalah tergolong dalam 7 golongan tersebut..amin..ok..antaranya ialah..


  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk beribadat kepada Allah
  3. Orang yang hatinya selalu terikat di masjid
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,bertemu dan berpisah juga kerana-Nya
  5. Lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik,tetapi dia menolak dan berkata,"saya takut kepada Allah"
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kananya
  7. Orang yang selalu berzikir pada waktu menyendiri sampai mencucurkan air mata"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
terdapat juga yang dinyakan didalam hadis Ahmad dan Tabrani,daripada Amru bn Jamuh,Rasulullah s.a.w berkata:
 " seorang hamba tidak akan mendapat keimanan yang benar sehingga ia cinta dan benci kerana Allah.Jika ia cinta dan benci kerana Allah ia berhak mendapat perlindungannya"..

senangkan sebenarnya kalau kita nak buat macam orang-orang yang mendapat pertolongan Allah tu..TETAPI..yang menyebabkan kita selalu gagal untuk menjadi antara orang dalam golongan tersebut ialah hati kita..sejauh mana ikhlasnya hati kita untuk jadi seperti itu...sejauh mana niat kita..renung-renungkan dan selamat beramal..:)



No comments:

Post a Comment