Saturday 19 May 2012

ku mencari cinta khaliqku..~

Assalamualaikum..:)..
happy saturday semua!!!..huhu..alhamdulillah..dapat juga merasa nikmat kelapangan apabila cukup 5 hari belajar + test + debaran untuk oral arab..pagi2 lagi akma dan kawan2 dah pegi joging + main badminton..hah!!dapat gak berpeluh..5 hari asyik duduk bawah aircond je kat bilik kuliah kan...:)..lemak pun da tepu da..hehe..ok..entry kali pasal..KU MENCARI CINTA KHALIQKU..(hehe..cam la orang tak nampak kat title post ue..)...:)..saje jew...nak tekankan lagi..hehe..

apa maksud KHALIQ???
ok..menurut goggle translate..khaliq bermaksud pencipta..;)..dan siapakah pencipta kita???pasti la Allah S.W.T..didalam islam kita dituntut untuk mencinta yang maha Pencipta melebihi dari segala- galanya..melebihi cinta kita kepada keluarga,harta benda,kawan-kawan..baru la kita akan merasai ketenangan dalam diri kita..

macam mana nak dapatkan cinta khaliq???
untuk mendapatkan cinta khaliq sangat mudah..sebab apa???sebab Allah itu Ar-Rahman...Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya..cuma kita sahaja yang selalu menjauhkan diri kita dari-Nya..:')..terukkan kita..:(..dan itu la manusia..sering alpa,leka dan lalai dengan hal2 duniawi..dan apabila susah baru mereka tercari- cari sejadah..baru ingat Allah..astagfirullahalazim..mudah-mudahan kita dijauhkan dari menjadi orang seperti itu..kerana manusia seperti itu sangat rugi hidupnya..ok..antara cara-cara untk mendapatkan cinta Allah adalah dengan memperbanyakkan 5 perkara..apakah 5 perkara ini???ok..IMAM SYAFIE pernah memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu:
1)"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
2)"Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
3)Perbanyakkan menyebut dan mengigati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
4)Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
5)Jangan sebut-sebut dan nampakkan dan keburukkan diri orang lain

ok..akma cuba terangkan satu-satu ae..

-yang pertama,kita selalu sangat memuji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kita lupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita..kita lupa untuk sebut nama Allah..tapi manusia pula yang kita puji berlebih-lebihan..seeloknya basahkan lah lidah kita dengan memuji Allah setiap masa..InsyaAllah..Allah akan lebih menyayangi kita..:)

-yang kedua,dunia terlalu sedikit jika kita nak membandingkannya dengan akhirat..1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran sehari di akhirat.begitu juga dengan kesusahan hidup didunia hanya 1/1000 daripada akhirat..jadi kenapa mesti kita nak mengeluh jika kita ada masalah???hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang sibuk memikirkan dunia dan terlupa akhirat..manakala orang yang paling cerdik adalah orang yang pandai merancang akhiratnya..sentiasa sibuk dengan saham akhirat dan sibuk untuk melipat kali gandakan pahala mereka..sebab mereka tahu apabila mereka mengutamakan akhirat..dunia akan turut mengikut mereka..

-yang ketiga,apabila kita mengingati mati,kita akan jadi takut untuk melakukan dosa-dosa dan ingin selalu melakukan amal kebaikan..inilah terapi yang terbaik untuk mengingatkan diri kita bahawa dunia hanyalah sementara tetapi akhirat selamanya.

-yang keempat,sebenarnya,jika kita selalu menyebut dan mengingat akan kebaikan diri kita,pasti akan menimbulkan penyakit hati iaitu ujub..penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam,dapat merosakkan pahala kebajikan yang dilakukan.lebih dasyat lagi jika ianya meninbulkan riyak atau bangga diri,dan sesiapa yang memakai sifat riyak itu tidak akan mencium bau syurga.oleh itu kita kenalah sedar bahawa setiap perbuatan baik yang kita lakukan datangnya dari Allah..kita sepatutnya bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang yang baik..:)best kan?

-yang kelima,islam menuntut kita untuk melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri sendiri..sebenarnya sifat ingin mengaibkan orang lain ini ditokok dengan rangsangan syaitan menyebabkan kita asyik ingin mencari kesalahan orang lain..bak kata orang tua-tua."kuman seberang laut nampak,tapi gajah di depan mata tak nampak"..hah..camtu la kan kita semua.termasuk la akma jugak..:).. takpe2,,lepas ni kita biasakan diri untuk melihat kesalahan dan keburukkan diri kita sahaja ae..

ok..sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat islam..islam itu tidak menyusahkan pun malah menyenangkan kita semua..percayalah..Islam is the best way!:')..

wasalam..:)















No comments:

Post a Comment